Tuesday, December 8, 2009

Langkawi here i come. [kurang bersemangat]

Aku akan ke Langkawi esok. Flight aku rasanya malam kot dalam pukul 8.05pm.So,aku kena ada kat KLIA around 7pm lah.Tapi internet tetap aku akan bawak sebab aku tak boleh hidup tanpa internet ni.GKK.Segala modem dan laptop akan aku bawa ke Langkawi.Ini dah masuk kali ke 3 modem aku bawak ke Langkawi dan mungkin ini merupakan perjalanan jauh modem aku yang terakhir kot.Hehe.Sedih kan dia.Kalau la modem aku ni boleh berkata-kata,mesti dia tak nak perpisahan itu terjadi.GKK.

So,aku kat Langkawi nanti nak buat ape pun aku tak tau.Yang penting aku akan tido tapi sebelum tido tu aku akan tengok TV atau movie atau ape2 je la yang tak bosan.Main internet ke ape ke.Haha.Sms Irfan ke,sape2 je la yang nak sms aku.Yang penting gambar aku akan amik sebanyak mungkin!Camera girl la katakan~ haha.

Aku dah plan hari Jumaat pagi aku nak g naik kereta kabel.Kali ni no excuses.Nak naik jugak!

So,kalau korang nak tau aku dapat naik ke tak,tunggu dan lihat! :)

Sunday, December 6, 2009

Saturday and Sunday.

So dalam satu enrty ni aku akan type pasal ape yang telah terjadi dalam dua hari lepas,Sabtu dan Ahad.Boleh kan?Jimat ruang skit.Dengan jimat masa skit.haha. :P

So hari sabtu.Aku bangun dan terus online dulu.haha.sebab harini hari best!harini aku akan berjalan2 bersama dengan painkillers aku! :) Mas dengan Irfan.Dua orang penting dalam hidup aku.Tapi sebelum berjalan bermula,aku dengan Mas ke kenduri kawin kakak kawan aku iaitu Azim.Lepas ke kenduri,ktorang amik Irfan kat d’Rimba the terus ke rumah Mas.Tukar baju and everything,ktorang pn terus ke Pavilion.

Sampai je kat Pavi,mak oiii ramai gila orang!Tak pernah aku tengok orang ramai gila nak mampus kat situ.haha.Seriously.Aku g dengan mak aku pun tak seramai tu.Hari minggu jugak time tu.Haih.Then Mas nak ke kedai Ralph Laurent tapi tengok2 floor tu tak de letrik.Gila kan?Tak de letrik kat Pavilion.Kedai RL,Coach dengan ape tah tu gelap gelita!Haha.Mesti rugi besar derang.So,jalan2 la dulu dalam Pavilion tu.Bila dah bosan berjalan,duduk kat Starbucks.kutuk2 orang.LOL.Ada satu tu Mak Arab pakai tudung ape semua tapi kat dada tu belah baju dia gila nampak segalanya!Haha.rasanya orang kita yang bertudung pun tak berani nak pakai sampai macam tu.Then,dah bosan duduk kat Starbucks,dah tak de orang yang boleh diperkatakan,ktorang pun beransur.Time nak balik tu je kat kedai RL tu ada pulak letrik.So masuk lah kedai tu kejap.Then tak de yang berkenan di hati,lalu ktorang pun bergerak ke OU.Kat OU,makan kat delicious.ehe. :)

IMG_1944

Itu untuk hari Sabtu,hari Ahad plak aku ke Karnival Jom Heboh kat Bukit Jalil.Sebelum tu aku ke rumah Irfan dulu amik dia.Okay,nak cari parking satu hal.Nak g BJ satu hal jugak.haha.Gila sampai aku macam gile giveup.hati dah meronta suruh balik je la tak payah la datang sini dah.Tiba2 banyak pulak parking kan lepas hati aku cakap camtu.haha. :P Bila dah parking tu,ktorang (aku dengan Irfan) terus cari booth Wanita sebab abg aku ada kat situ.Then,bila dah jumpa boothnya,abg dah nampak ktorang,so ktorang pun terus ke booth mytv3.Cari kawan aku Tam.Dia kerja roverz kat situ.Then bila dah jumpa semua,ktorang pun cuba cari makanan tapi tak jumpa.So beli la air yoghurt yang rm10 dapat 3 botol tu.minum satu pun jadi la.

Ktorang banyak ulang alik dari booth Wanita dengan MyTV3.Haha.Last skali time nak balik tu baru dapat jumpa makanan.haha.kesian kan.Satu hari aku tak makan seriously pening kepala.bila dapat makanan pun dah tak lalu nak makan dah.banyak minum air je.seriously memang ramai gila orang.Tapi niat aku ke sana pun nak jumpa abg aku je.sebab malam sabtu tu aku tak g tengok dia perform kat Laman Santai.Dengar kata dia merajuk aku tak datang kat Laman.Sorry ye abg.

Tapi memang panas gila kat KJH tu.Gila gila! Argh.Aku dah sakit kulit dah.Muka aku dah rasa macam semacam dah kulit dia.isk. :(

Selain dari Tam Roverz,aku ada jumpa Fazren Rafi tapi dari jauh je la.Aku call dia tapi dia tengah makan masa tu.Then second time aku call dia tak angkat.Maybe dia tengah bz kot melayan orang. :) Tak pe la next time.Bile aku sampai rumah Irfan dia call aku tanya aku kat mana.Aku cakap aku dah balik dah,tak pe la next time lepak2 la. :)

IMG_1953

*Kesian dia ni.Panas tu.Berpeluh2*

IMG_1956 

*Ni la abg aku*

IMG_1952 

*Jom Heboh 2009*

Saturday, December 5, 2009

Takdir.

Kita selalu cakap,takdir la yang menentukan segalanya.Takdir tu la yang membuatkan aku dengan si dia berjumpa.Takdir tu la yang membuatkan aku macam ni dan macam2 lagi.Selalunya kita akan salahkan takdir.Orang selalu cakap ‘biarlah takdir yang menentukan segalanya’. Tapi kenapa takdir? Aku pun tak berapa pasti.

Takdir telah menentukan yang aku berjumpa dengan Ariff Irfan.Takdir juga yang telah menentukan segalanya dalam hidup aku.Aku tak tau lah,nak salahkan takdir ke untuk benda2 yang buruk yang terjadi dalam hidup aku?Kalau aku melawan takdir,ape akan terjadi?Macam mana even untuk aku nak melawan takdir?I don’t even know what is going to be happening in my future.

So,takdir adalah future ke?Takdir itu ape sebenanya?Aku tak berapa nak faham ni.Adakah bila aku ditimpa kemalangan,itu dinamakan takdir?Atau apabila aku berasa senang hati saja yang boleh dipanggil takdir?

Pening.

Thursday, December 3, 2009

Keciknya dunia ni..

Memang kecik dunia ni.Lagi2 kecik la KL ni kan.Semua orang yang aku kenal,kenal pulak antara satu sama lain.Dan orang yang aku kenal tu,aku kenal pada masa yang berlainan.Pening tak?Okay la,nak cerita panjang,nanti aku ceritakan kat korang semua.

Aku dengan kawan skolah aku,memang kenal dah lama la.Then, itu tak pe lah kan.Ni kawan2 universiti aku ni.Start yang tokey besar dia memang Mastura.Kalau aku tak kenal Mas,semua ni takkan aku kenal punya lah.So,kepala dia Mas.Aku kenal Mas kat Uniten.Time tu ktorang satu batch dan dia selalu datang lepak kat bilik aku kat ilmu.Tapi aku time tu tak seberapa rapat lagi dengan Mas.Dia kawan kepada roommate aku sebenarnya,Eva.So,dari Mas,aku start kenal dengan kawan-kawan sekolah Mas,macam Fau,Kat dengan Intan.Dengan Fau,aku kenal Acai.Then,lepas tiga dara tu,aku kenal Azim pulak dari Mas jugak.So okay,itu batch first lah kiranya.

Then,dari Azim aku kenal Shaqir dengan Mateen.Lepas tu dah tak berkembang dah ‘friends tree’ aku.

Then,kat Uniten pulak aku kenal Yana,dan aku intro kan kat Yana kedai Cats Whiskers yang aku buat part time dulu yang di intro kan oleh Zati,oleh kakak dia ; kat Cats Yana kenal Fau.So, Fau dan Yana kenal antara satu sama lain dah skang.Oh ye,Yana pun kenal Mas jugak.Ye la kitaorang kan satu intake dan batch. :)

Okay,Kat Uniten,aku kenal Along yang membawa kepada perkenalan dengan Bean dan seterusnya kepada Anny,Adrin,Koru dan Nik.Yang aku nak highlight kan kat sini adalah Anny pulak kenal dengan salah seorang sedara aku.Time tu memang aku tak tau.Bila aku dapat tau terkejut aku.

So,then dari Facebook aku kenal Ariff,bf aku skarang ni.Then tup tup,Ariff satu sekolah dengan Mas dan Fau dan Kat dan Intan dan Azim.Magik bukan?Then,kawan Ariff ni Redha,Zul dengan Syazwan.So,Redha memang satu sekolah dengan Ariff so sama la dengan Mas,Fau,Kat,Intan dengan Azim.Then,Zul pun sama jugak,satu sekolah.Si Redha dengan Syazwan ni pulak satu Universiti dengan aku dulu.Ariff pun sama,Uniten jugak semuanya.Haa.Pening dah kan? HAHA. :P So,yang study Uniten dulu Aku,Mas,Redha,Ariff,Syazwan.Tapi Mas,Redha dengan Ariff keluar Uniten.So,tinggal Syazwan sorang2 kat situ.hehe.Then,masa Ariff kat Uniten,dia kenal dengan Archangel,rakan aibob UG Forum.So,aku pulak memang selalu ikut aktiviti UG ni.Dalam UG ni aku kenal la dengan sorang ni nama dia Latios.Latios ni kenal pulak dengan Syazwan.Derang panggil dia Wan Kun.Kenal rapat jugak la selalu lepak2 Latios cakap.Yang si Wan Kun ni pulak kenal dengan Amin Bean tadi tu,dengan kawan Amin jugak,Hanafi.HAHA.pusing2 kat situ jugak kan?Okay,lagi satu,Ariff ni kenal dengan bf Fau,Acai.Dulu satu tuition kot kat sect 7 KD.HAHA.Kecik tak dunia ni?Pi mai pi mai tang tu.

Tapi yang paling best skali,Mas punya bf tu lah.Haa.Sape2 yang tak tau,tak tau la.Hehe.Aku tak nak bagitau kenapa dan apa.Hehe.Kalau tau,tau lah. :) Memang tak sangka betul lah time tu.

So,dunia ni memang kecik.Kita lari mana pun,mesti balik2 kat situ jugak kawan-kawan aku datang.Kita serumpun. :)

Wednesday, December 2, 2009

Aku bergetar tersentuh dia..

Okay jangan tertipu dengan tajuk tu ok.Haha.Sebenarnya aku just nak bagitau yang aku tersangatlah malas nak mencari kerja skang ni.Memandangkan aku dah tamat belajar di uniten,dan sememangnya parents aku macam dah aturkan pulak percutian2 yang berbagai2 untuk aku lepas ni,so aku rasa macam tersangat malas nak cari kerja dulu.Ye la,baik aku kerja selepas aku balik dari bercuti2 tu kan?Kalau aku mintak kerja skang,nanti mana boleh suka hati je nak amik cuti.hehe. :D

Aku tak tau aku nak kerja kat mana.Pilihan aku masih TV3 jugak.Sebab dekat dengan rumah dan orang2 yang aku sayang.Kalau TV3 tak dapat,aku nak try IBM.HAHA.Sebelah je ok.Kalau tak dapat IBM,aku nak try benda lain yang seangkatan dengan nya.Kalau sales person jual kereta pun aku sanggup nak kerja.Mofaz ke,Naza ke.Hehe.Skang ni aku nak cari kerja yang aku enjoy buat.Memang takkan dapat untuk first trial orang cakap,tapi tak pe,aku cuba jugak sampai dapat. :) Memilih pun memilih la.Lantak la ape orang nak cakap.

So,skang kena start cari kerja dulu.At the moment,biarlah aku duduk rumah dan enjoy life.

Love.

Love brings joy but it also brings tears.

Love is something that we cannot bear.

Love means sacrifice, like white paint being added into red.

Love is pure and can never be real sometimes.

Love is something powerful.

It can do almost everything and anything to you.

Love brings peace and harmony.

Love is happiness,

and also SADNESS.

Love is safe but can’t never protect you at all times.

Love is when you hold hands and can feel the warm feelings on your chest.

Love is white and sometimes can turn into black,

and also other colours as well.

Love means corruption and negotiation.

Love is blind but can make people see clearly.

Love is like air,the more you breathe more alive you get.

Love is bad but at times it brings good too.

Love is everything,and everything is Love.

 

AnfaalDhiyanaMohdRidhuan | MohdAriffIrfanEhsan